Rumpai laut kering yang belum diproses rupa ia seperti ini.
Setiap pek 100gm boleh dimasak sekali gus atau sebahagian sahaja
dahulu. Untuk pengambilan selama 3-4 minggu.
Kolagen rumpai laut dari spesies terbaik, Euchima cottoni, diusahakan secara organik,
berwarna keemasan dan bergred AAA. Sangat kenyal/liat dan masin (rasa air
laut) selepas melalui proses pengeringan di bawah terik matahari,
tapi menjadi amat lembut (kembang) selepas direndam semalaman (juga sudah
tawar rasa nya). Sebab itu anda perlu membasuhnya beberapa kali sebelum
direndam dan beberapa kali lagi selepas semalaman direndam, kemudian ditos
dan direbus dengan air secukupnya (2.5-3 liter air).
Selesai direbus, kolagen rumpai laut hancur dan menjadi
seperti gel/jeli/agar2. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Ambil
3-4 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur, boleh dimakan
begitu saja tanpa campur apa2 atau dimasukkan dalam jus minuman kegemaran.
Kelebihan menggunakan kolagen asli ini, selain harganya yang jauh
lebih murah dan bebas kimia, serta dapat dipelbagaikan rasa apabila
diambil bersama minuman kegemaran, ia juga memiliki keistimewaan untuk dibuat masker
wajah.
Caranya, cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih
elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang2 pori kulit,
kemudian baru sapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia kering
sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi.
Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori2 kulit
wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil
yang lebih menawan.
Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh
mencampurkan nya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit. Contohnya
untuk kulit berminyak, sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji
tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini
kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum
dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain
menjadikan kulit lebih halus dan bersih.
Bagi mereka yang berkulit normal pula, campuran
madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit
mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya. Manakala bagi yang berkulit
kering, boleh cuba mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus
lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak
lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.
Walau
bagaimana pun, pengambilan kolagen ini sebagai pemakanan tambahan setiap hari
akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dalaman diri anda secara
keseluruhan, dan akan terserlah di luaran melalui wajah serta kulit
badan yang tampak segar dan berseri dari hujung rambut ke hujung
kaki..
No comments:
Post a Comment